Bersediakah Kita Dengan Kematian?
“Masa itu emas,” kata pepatah orang terdahulu. Namun sedarkah kita, di sebalik kefahaman itu, rupa-rupanya ramai yang lebih sibuk mengejar dunia yang diidamkan, lalu melupakan akhirat yang bakal menjadi tempat tinggal kita buat selama-lamanya.
Kita sanggup mengorbankan tidur, mengabaikan kesihatan, malah kadang-kadang menggadaikan waktu bersama yang tersayang demi mengejar KPI, pangkat, dan harta. Kita lupa bahawa dunia ini sifatnya seperti bayang-bayang . Namun , semakin kita kejar, ia akan semakin lari menjauh.
Hakikat Kematian dan Kehidupan Akhirat
Kita sebagai hamba allah tidak akan lari dari kelekaan serta kealpaan dalam menjalani kehidupan dunia. Namun, itulah ujian yang diberikan kepada allah bagi menguji ketaatan hamba nya dalam mengingati nya.
Selagi buku amalan kita masih terbuka, ingatlah bahawqa masih ada rezeki dan kesempatan bagi kita untuk mendekati allah serta rasulnya.
Di padang Masyar kelak , Allah Swt akan menzahirkan ‘kematian’ dalam bentuk seekor kambing dan menyembelihnya yang menandakan kehidupan yang abadi tanpa ada lagi kematian untuk selama – lamanya .
Kekuasaan Allah Menghidupkan Semula Makhluk
Di sebalik kemajuan teknologi dan kekayaan yang dimiliki oleh sekitar 8 bilion manusia hari ini, kita sebenarnya tetap makhluk yang teramat kerdil; malah jika seluruh kepakaran dunia digabungkan sekalipun, manusia mustahil dapat meniupkan kembali nyawa ke dalam jasad seekor semut yang telah mati,
Ironinya, kontras dengan kelemahan mutlak kita, Allah SWT yang Maha Berkuasa hanya memerlukan satu saat sahaja pada tiupan sangkakala kedua untuk mengembalikan roh dan membangkitkan seluruh makhluk secara serentak termasuklah para malaikat yang bilangannya melaut melebihi butiran pasir di bumi selepas semuanya ditiadakan pada tiupan yang pertama,.
Perbandingan ini menjadi satu tamparan hebat yang meruntuhkan keangkuhan manusia, sekali gus membuktikan betapa mudahnya hari kebangkitan itu berlaku di sisi-Nya.
Keagungan Kalimah "Lailahaillallah" di Akhir Zaman
Akan tiba satu fasa yang teramat gelap di akhir zaman nanti, iaitu selepas kewafatan Nabi Isa AS, di mana syiar Islam akan lenyap sepenuhnya dari muka bumi sehinggakan tiada lagi kedengaran alunan azan, malah tiada seorang pun manusia yang mendirikan solat mahupun berpuasa,.
Pada waktu yang asing itu, bumi hanya dihuni oleh generasi tua yang langsung tidak mengenali syariat agama; mereka sekadar menyebut kalimah “Lailahaillallah” semata-mata kerana meniru dan mengikut apa yang pernah diucapkan oleh nenek moyang mereka terdahulu, tanpa memahami langsung makna atau tuntutan mendalam di sebalik kalimah agung tersebut,.
Namun begitu, di sinilah letaknya keagungan rahmat Allah SWT melalui hadis rahsia yang disimpan oleh sahabat Nabi, Sayyidina Hudzaifah. Walaupun kelompok manusia terakhir ini hidup dalam kejahilan tanpa amalan dan ilmu, sisa kalimah tauhid yang berbaki di lisan mereka itu tetap mempunyai nilai yang amat besar di sisi Tuhan, malah ia bertindak sebagai asbab serta syafaat terakhir untuk menyelamatkan mereka daripada kekal di dalam bakaran api neraka,.
Melalui peringatan yang menggetarkan jiwa ini, ceramah ditutup dengan bait-bait doa yang penuh syahdu agar kita semua terus dikurniakan kecekalan iman, dijemput pulang dalam keadaan khusnul khotimah, dan akhirnya dihimpunkan bersama-sama di dalam Syurga Firdaus kelak,.



