Dasyatnya Neraka , Peringatan Buat Kita Semua

Neraka disediakan oleh Allah SWT sebagai balasan bagi mereka yang kufur dan ingkar serta tidak bertaubat kepada-Nya. Banyak ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW menggambarkan betapa dahsyatnya azab neraka sebagai peringatan agar manusia kembali ke jalan yang benar.

Antaranya, Allah SWT menyebut bahawa setiap kali kulit penghuni neraka hangus, ia akan digantikan semula agar mereka terus merasai azab yang pedih.

Antara Golongan Yang Dicaci

Terdapat beberapa golongan yang disebut akan menerima balasan neraka, antaranya mereka yang membunuh tanpa hak, melakukan zina, memakan riba, mengambil harta anak yatim secara zalim serta mereka yang menjaga lidah dengan buruk seperti berdusta dan mengumpat.

Semua ini menunjukkan bahawa dosa bukan sahaja pada perbuatan, tetapi juga pada percakapan yang sering dipandang ringan oleh manusia. Rasulullah SAW juga menggambarkan bahawa kepanasan api neraka jauh lebih dahsyat berbanding api di dunia.

Bahkan, seksaan paling ringan sekalipun tetap amat menyakitkan sehingga tidak mampu dibayangkan oleh akal manusia. Ini menjadi peringatan bahawa tiada siapa yang mampu menanggung azab tersebut walau seketika.

“Sesungguhnya penghuni neraka yang paling ringan seksaannya ialah orang yang mempunyai dua kasut dan dua talinya dari api yang mendidih dari keduanya otaknya, sebagaimana mendidih periuk, ia tidak melihat ada orang yang lebih berat seksaan darinya, dan sesungguhnya ia adalah yang paling ringan seksaan”. (Hadis riwayat Imam Muslim dan al-Bukhari)

Pintu Taubat Masih Terbuka

Artikel ini ditulis bukan untuk menakut-nakutkan tanpa arah, tetapi sebagai satu tiupan “hembusan kesedaran”. Selagi nafas belum sampai ke halkum, selagi matahari belum terbit dari ufuk barat, pintu keampunan Allah SWT masih terbuka luas.

Segeralah rebah bersujud. Basuhlah dosa-dosa silam dengan air mata taubat. Jauhilah maksiat, peliharalah lisan, dan mohonlah perlindungan daripada Allah setiap hari agar kita dan seluruh ahli keluarga kita diselamatkan daripada dahsyatnya api neraka.