Teladani Rasulullah dalam Melayan Pasangan

Pernahkah kita terfikir, apakah sebenarnya ramuan utama yang menjadikan sebuah keluarga itu bahagia dan diberkati?
Ada orang mencari kebahagiaan dengan mengejar harta atau mengejar kesempurnaan duniawi, namun sering kali mereka terlupa tentang satu kunci besar:
mendahulukan Allah dan meneladani akhlak Rasulullah SAW dalam setiap urusan.
Dalam sebuah kisah hijrah yang penuh ibrah, diceritakan bagaimana Rasulullah SAW singgah di rumah seorang wanita bernama Ummu Ma’bad ketika dalam perjalanan menuju Madinah.
Ketika itu, keadaan sangat sukar, bekalan makanan tiada, dan kambing ternakan mereka pula kurus kering.
Namun, dengan keberkatan tangan Baginda yang memohon kepada Allah, segalanya berubah.
Bekas susu yang kosong tiba-tiba melimpah ruah, cukup untuk mengenyangkan semua orang yang hadir.
Sifat Lembut Rasullulah Dalam Tutur Kata dan Badan
Jadilah seperti Rasulullah dalam rumah tangga kita. Apabila bercakap, pilihlah kata-kata yang lembut. Apabila ada perselisihan, rendahkan suara.
Apabila ada peluang untuk berbuat baik atau membantu pasangan, lakukanlah dengan penuh ikhlas.
Apabila cinta kepada Allah diletakkan di tempat paling utama, nescaya kasih sayang sesama manusia akan mengalir dengan lebih indah.
Ingatlah, rumah tangga yang diberkati bukan rumah tangga yang tidak pernah diuji, tetapi rumah tangga yang tenang kerana setiap ahlinya berusaha menghidupkan akhlak Nabi di dalam rumah sendiri.
Apa yang menarik bukanlah pada mukjizat itu semata-mata, tetapi pada cara Rasulullah SAW melayan manusia.
Walaupun Baginda seorang pemimpin agung dan Rasul yang mulia, Baginda tidak sedikit pun bersikap sombong.
Baginda mendengar, melayan, dan memberi makan kepada tetamu dengan penuh kasih sayang.
Apabila suaminya, Abu Ma’bad, pulang dan melihat susu yang melimpah, dia terpegun.
Apabila dia mendengar deskripsi tentang lelaki yang singgah itu seorang yang tutur katanya lembut, murah dengan senyuman, tenang, dan sangat menjaga adab dia terus menyedari bahawa lelaki itu bukanlah orang biasa, melainkan Rasulullah SAW.
Kisah ini adalah cerminan buat kita suami isteri. Kebahagiaan rumah tangga tidak diukur dengan betapa mewah rumah kita atau betapa hebat kerjaya kita.
Sebaliknya, ia dibina apabila setiap ahli keluarga saling mendahulukan Allah dalam hati, dan apabila seorang suami serta isteri mampu meniru akhlak mulia Baginda SAW.
Rujukan: Video: Nasihat Untuk Suami Isteri | Ustaz Wadi Annuar



